Highlight Bulan Ini  

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

[SSM SABAH] Thailand Sports School Games

Posted by on in Sekolah Menengah


Seramai 40 atlet renang, balapan dan padang telah menyertai Thailand Sports School Games di Nakhonsawan Province, Thailand pada 24 Julai hingga 3 Ogos 2017. Keseluruhan pasukan renang SSM Sabah mencapai 10 emas, 7 Perak dan 10 Gangsa manakala pasukan olahraga pula mencapai 6 Emas, 5 Perak dan 5 Gangsa. Beberapa orang atlet olahraga telah mencipta rekod baru dalam acara lontar peluru, lompat jauh, 400 meter berpagar. Dalam acara renang, Muhd Naqeb Bin Rosli muncul sebagai atlet terbaik. Tahniah kepada semua jurulatih dan atlet murid yang terlibat.

Hits: 65
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Tahniah kepada 5 atlet bola sepak wanita SSM Sabah kerana dipilih mewakili negara dalam Sukan SEA kali ke-29 yang akan bermula pada 19hb hingga 30 Ogos di Kuala Lumpur.

Hits: 75
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Pasukan bola sepak wanita bawah 14 tahun Malaysia yang majoritinya diwakili oleh atlet murid dari SSM Sabah muncul sebagai naib johan Wuzhou International Football Championship. Dalam perlawanan akhir, Malaysia tewas 1 : 3 kepada Guangzhou, China. Tahniah kepada coach dan semua pemain atas kejayaan ini.

Hits: 49
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

[SSM SABAH] Majlis Sambutan Hari Raya 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Majlis Sambutan Hari Raya telah diraikan oleh semua warga SSM Sabah pada 19 Julai 2017 bertempat di Dewan Makan SSMS. Sebelum majlis bermula, pertandingan permainan tradisional antara platun KRS telah dijalankan pada sebelah pagi dan kemudian disambung dengan Majlis Sambutan Hari Raya dengan hidangan istimewa pelbagai makanan tradisional Malaysia. Atlet murid turut mempersembahkan lagu hari raya dan persembahan slaid berkaitan makanan tradisional Malaysia. Tahniah kepada semua AJK kerana dapat melaksanakan majlis ini dalam suasana yang meriah dan mesra.

Hits: 56
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

[SSM SABAH] Asean Schools Games

Posted by on in Sekolah Menengah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Benedict Ian Gawok, atlet murid dari SSM Sabah kerana memenangi pingat Emas acara 110 meter Lompat Berpagar dalam Kejohanan Asean Schools Games yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura.

Hits: 51
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT