Highlight Bulan Ini  

Lawatan Penandaarasan Kelantan

 

 

Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Kelantan & Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bahru, Kelantan yang bakal membuat lawatan penandaarasan ke PPD Kota Kinabalu untuk UPMICT pada 26 - 27 April 2017.Antara sekolah yang akan dilawat untuk ICT & Maklumat ini adalah SK (C) Anglo Chinese, SM Sanzac, SM Tebobon & SK Sacred Heart Kota Kinabalu. PPD Kota Kinabalu telah memiliki Rasberry Pie Lab diperingkat sekolah rendah.

 

 

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Liga Balapan dan Padang KPM Sirkit 1

Posted by on in Sekolah Menengah

Seramai 14 atlet murid olahraga tingkatan satu dan dua telah menyertai Liga Balapan dan Padang KPM Sirkit 1 di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) pada 6 hingga 7 Ogos 2016. Liga Balapan dan Padang KPM ini akan dijalankan dalam 3 sirkit. Sirkit dua akan diadakan di Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang dan sirkit tiga akan berakhir di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor .

Hits: 152
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Pertandingan Chef Cilik

Posted by on in Sekolah Menengah


Sempena Minggu Teknik dan Vokasional, Panitia KHB telah menganjurkan Pertandingan Chef Cilik untuk semua atlet murid tingkatan dua mengikut kelas masing-masing. Objektif program ini ialah untuk memperkembangkan bakat dan potensi dalam masakan. Semua peserta kena menyediakan menu sarapan pagi iaitu sandwich mengikut kreativiti masing-masing dengan bahan yang disediakan dalam jangkamasa yang ditetapkan. 

Hits: 94
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Bengkel Perdagangan SPM

Posted by on in Sekolah Menengah


Panitia Perdagangan dengan kerjasama Unit UBK SSMS menganjurkan ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan Perdagangan SPM untuk semua atlet murid tingkatan empat dan lima. Program ini merupakah salah satu daripada program peningkatan SPM sekolah untuk membantu meningkatkan pencapaian sekolah khasnya mata pelajaran Perdagangan. Tahun ini merupakan tahun pertama atlet-atlet murid menduduki peperiksaan SPM.

Hits: 86
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Thailand Sports School Games

Posted by on in Sekolah Menengah

Kontinjen renang SSMS meraih 1 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa dalam Thailand Sports School Games yang diadakan di Chonburi, Thailand pada 26 Julai hingga 4 Ogos 2016. Yong Zhi Yi, atlet renang tingakatan satu menunjukkan pencapaian terbaik dengan memungut 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Manakala Cheong Jia Wen dan Edwin Tang Hoe Win sekadar memungut 1 Perak dan 1 Gangsa. Tahniah!

Hits: 83
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Taklimat SSQS

Posted by on in Sekolah Menengah

Taklimat SSQS untuk semua guru telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SSMS. Selepas taklimat ringkas SSQS, bengkel telah diadakan untuk membimbing guru-guru mengisi borang SSQS dengan betul. Sebelum ini, taklimat yang sama juga diadakan untuk atlet murid yang dipilih sebagai responden di Makmal Komputer 1. Taklimat SSQS ini penting sebagai kayu pengukur untuk membuat penambahbaikan tentang hala tuju program ICT sekolah pada masa akan datang.

Hits: 79
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT