Highlight Bulan Ini  

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Kursus Pembinaan Item dan Analisis Item

Posted by on in Sekolah Menengah

Pihak sekolah dengan bangganya kerana dapat menjemput Dr. Kok Boon Shiong dan En. Benny Kong Tze Loong, pensyarah dari IPG Kent untuk memberikan Kursus Pembinaan Item dan Analisis Item kepada semua guru SSM Sabah. Banyak pengetahuan yang diperolehi melalui pendedahan ini yang memakan masa mulai 9.30 am hingga 1.30 pm. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para guru tetapi juga kepada atlet murid melalui proses PdPc.

Hits: 63
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Penataran SKPMg2

Posted by on in Sekolah Menengah

Pada 9 Mac 2017,semua guru SSM Sabah telah mengikuti taklimat dan panataran SKPMg2 oleh 3 orang pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Sabah yang diketuai oleh Cik Judy Rohaya R.E. Lee. Taklimat dan penataran lebih berfokus kepada pengenalan SKPMg2 dan PdPc. En. Madsarin Bin Rahim, pemangku pengetua SSM Sabah berharap penataran kali ini dapat memberi info yang bermakna kepada semua guru khasnya dalam aspek PdPc. 

Hits: 142
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Posted by on in Sekolah Menengah

Majlis Perkongsian Ilmu \"Transformasi Sekolah 2025 (TS25)\" Bersama Datuk Dr. Amin Bin Senin, TKPPM (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) telah diadakan pada 7 Mac 2017, jam 2.30 di Bilik Mesyuarat Utama SSM Sabah. SSM Sabah merupakan SSM pertama yang dilawati oleh Datuk Dr. Amin Senin. Selepas perkongsian ilmu bersama semua guru, jurulatih dan AKP SSM Sabah, beliau juga mengambil kesempatan bergaul mesra dengan atlet-atlet murid sebelum melawat ke tapak kemudahan sukan yang ada dipersekitaran sekolah.

Hits: 618
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Renang MSS Sabah 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan renang SSM Sabah muncul sebagai johan keseluruhan dalam Kejohanan Renang MSS Sabah 2017 yang diadakan di Pusat Akuatik SSM Sabah. Tempat kedua dimenangi oleh SM Tshung Tsin manakala tempat ketiga disandang oleh SJK C Chung Hwa Kota Kinabalu. Majlis penutupan dirasmikan oleh Ir Datu Jamigul Hj. Datu Salin, Ketua Sektor Pembangunan Modal Insan JPN Sabah di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

Hits: 149
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Skuad wanita Harimau Malaysia muncul sebagai juara Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita Singapura 2017 dengan menumpaskan Bangladesh  2-1 dan Singapura 4-0. Tahniah kepada atlet murid SSM Sabah Nurul Azurin Bt. Mazlan, Nor Athirah Bt. Mamat, Anis Aishah Bt. Asiati Raili, Nur Athirah Farhana Bt. Zairi dan Marcella Angella Parais kerana terpilih dalam skuad wanita kebangsaan untuk menghadapi Sukan SEA 2017.

Hits: 108
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT