Highlight Bulan Ini  

 

 

 

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Posted by on in Sekolah Menengah

Majlis Perkongsian Ilmu \"Transformasi Sekolah 2025 (TS25)\" Bersama Datuk Dr. Amin Bin Senin, TKPPM (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) telah diadakan pada 7 Mac 2017, jam 2.30 di Bilik Mesyuarat Utama SSM Sabah. SSM Sabah merupakan SSM pertama yang dilawati oleh Datuk Dr. Amin Senin. Selepas perkongsian ilmu bersama semua guru, jurulatih dan AKP SSM Sabah, beliau juga mengambil kesempatan bergaul mesra dengan atlet-atlet murid sebelum melawat ke tapak kemudahan sukan yang ada dipersekitaran sekolah.

Hits: 511
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Renang MSS Sabah 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan renang SSM Sabah muncul sebagai johan keseluruhan dalam Kejohanan Renang MSS Sabah 2017 yang diadakan di Pusat Akuatik SSM Sabah. Tempat kedua dimenangi oleh SM Tshung Tsin manakala tempat ketiga disandang oleh SJK C Chung Hwa Kota Kinabalu. Majlis penutupan dirasmikan oleh Ir Datu Jamigul Hj. Datu Salin, Ketua Sektor Pembangunan Modal Insan JPN Sabah di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

Hits: 126
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Skuad wanita Harimau Malaysia muncul sebagai juara Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita Singapura 2017 dengan menumpaskan Bangladesh  2-1 dan Singapura 4-0. Tahniah kepada atlet murid SSM Sabah Nurul Azurin Bt. Mazlan, Nor Athirah Bt. Mamat, Anis Aishah Bt. Asiati Raili, Nur Athirah Farhana Bt. Zairi dan Marcella Angella Parais kerana terpilih dalam skuad wanita kebangsaan untuk menghadapi Sukan SEA 2017.

Hits: 82
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Ujian Segak SSM Sabah

Posted by on in Sekolah Menengah

Semua atlet murid telah mengikuti Ujian Segak seawal jam 6.00 pagi. Sebanyak lapan stesen disediakan untuk menguji tahap kecergasan fizikal dikalangan atlet murid. Ukuran antropometrik diadakan untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebelum Ujian Segak bermula. Kerjasama semua guru dan jurulatih telah memastikan Ujian Segak berjaya dilaksanakan dengan baik.

Hits: 64
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Seramai 13 orang pelajar dan 3 orang guru dari Kelab Bola Sepak Finestar, Beijing telah melawat ke SSMS pada 7 hingga 10 Februari 2017. Selain daripada sesi taklimat pengenalan SSM Sabah yang disampaikan oleh pihak sekolah, mereka juga menggunakan padang sekolah untuk latihan bola sepak. Untuk memperkenalkan tradisi dan kebudayaan negara China, mereka telah menunjukkan cara membuat kraf tangan (Ikatan China) menggunakan benang dan kertas kepada atlet murid sekolah. Pada 10hb, mereka membuat persembahan tarian dan gitar China dalam majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah di Dewan Makan SSMS. Rombongan ini menamatkan lawatan di negeri Sabah pada 15hb Februari 2017.

Hits: 63
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT