Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form
Recent blog posts

 

Sekolah-sekolah yang terlibat : 1) SK ST AGNES  2) SK LIKAS  3) SK STELLA MARIS  4) SJKC CHE HWA  

Tarikh : JANUARI 2015

 Objektif : Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang LINUS2.0 dan peranan mereka terhadap anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran.

 

Pihak FasiLINUS PPDKK ingin merakamkan terima kasih dan tahniah atas sokongan dan komitmen yang tinggi yang telah diberikan oleh ibu bapa. Walaupun perjumpaan atau taklimat tersebut diadakan pada hari bekerja, namun kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan.  Syabas dan tahniah !

 

~ KE ARAH MENCAPAI SIFAR LINUS ~

Hits: 8
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sekitar Majlis Program Sosial Penyerahan Bantuan Kerajaan Peringkat Negeri Sabah Di SK Malawa 17 Januari Lalu

b2ap3_thumbnail_zakat_20150129-065110_1.jpg

b2ap3_thumbnail_zakat.jpg

 

Pusat Zakat Sabah telah bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada Panitia Pendidikan Islam berjumlah RM1000.00 ( Satu Ribu Ringgit ) kepada SK STELLA MARIS, TG. ARU, SMK PEREMPUAN LIKAS, SK BANTAYAN INANAM, SK POMOTODON INANAM, SM ALL SAINTS, LIKAS , SMK TEBOBON, SM MAKTAB SABAH, SK GANTISAN SEPANGGAR, SMK TAMAN TUN FUAD dan SK MALAWA.

Info Gambar ; Pengetua Cemerlang SMK TEBOBON En Loh Kok Cheang sedang sedang menerima sumbangan daripada YB Datuk Hjh. Jainab DSP Hj Ahmad Ayid dengan disaksikan oleh Ybhg. Datuk Jame Alip ( Pengarah Pendidikan Negeri Sabah ) Dan Ir. Datu Jamigul Hj. Datu Salin ( Ketua Sektor Pembangunan kemanusiaan ) dan wakil dari Pusat Zakat Sabah.

01.

Hits: 10
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

SK INANAM II : Mengorak Langkah

Posted by on in LINUS

 

Bimbingan dan Pencerapan LINUS2.0 telah dilaksanakan di SK Inanam II dan telah 'berkampung' selama 3 hari berturut-turut bagi membantu guru-guru yang mengajar Tahap I dalam menangani isu-isu yang berkaitan masalah pembelajaran murid dan sebagainya. Fokus utama adalah kepada guru dan murid.

SUDUT LINUS2.0 ~ menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin 

 

FasiLINUS bersama dengan guru-guru SK Inanam II 

~ Guru Bahagia, Murid Ceria ~

Hits: 9
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kreatif dan Inovatif

Posted by on in LINUS

 

PENGHASILAN BBM DALAM PDP UNTUK MEMBANTU MURID-MURID YANG

TIDAK MENGUASAI KONSTRUK LBM, LBI DAN NUMERASI

Kreativiti guru-guru di Tahap 1 amat diperlukan bagi menyediakan BBM (Bahan Bantu Mengajar) yang dapat menarik minat murid untuk belajar dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.  Penghasilan BBM juga telah memudahkan tugasan dan meringankan beban kerja guru di mana ia boleh diguna pakai bersama dan menjadikan perkongsian idea sebagai satu budaya kerja untuk memantapkan lagi PdP.  Fokus pembinaan bahan adalah untuk murid-murid tahap 1.  

Penggunaan ICT juga amat digalakkan dalam PdP agar ia dapat dijalankan dengan lebih menarik dan sesuai dengan konsep zaman IT pada abad ke-21 ini.  Tahniah dan syabas kepada guru-guru atas usaha!

 

~"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"~

Hits: 8
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

'SENTUHAN' PPD

Posted by on in Unit Pembangunan Kemanusiaan

b2ap3_thumbnail_TN-HAJI-BAD.jpg

 

Tn Haji Bad Hamid Hj. Musli, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Bersama Murid Penerima Bantuan RMT ( Rancangan Makanan Tambahan ) Di SK Malawa Semasa Majlis Program Sosial Penyerahan Bantuan Kerajaan Oleh YB Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah 17 Januari Lalu

Hits: 21
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

1. Bola Baling Zon 1 SM | 26-27 JAN | BSA Kolombong

2. Bola Baling SM MSSD KK  | 28 JAN | BSA Kolombong

3. Bola Baling SR MSSD KK | 29 JAN | Yayasan Sabah

4. Sepak Takraw SM MSSD KK | 30-31 JAN | Kompleks Sukan Likas

5. Sepak Takraw SR MSSD KK | 29 JAN | Dewan Serbaguna Kg. Sembulan

6. Mesyuarat Pengelolaan ( Akuatik, Badminton & Bowling ) MSS Sabah | Bilik Sri Manukan PPDKK | 28 JAN 

Hits: 13
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

TARIKH : 28 JAN 2015

MASA : 10.00 a.m.

TEMPAT : SK INANAM II

Taklimat ini telah diadakan di SK Inanam II bersama para pentadbir sekolah iaitu Guru Besar dan penolong kanan serta penyelia petang bagi memberi pendedahan dan penjelasan semula elemen linus di dalam KSSR.

 

 Taklimat ini juga lebih memberikan fokus kepada guru-guru tahap 1 cara bagaimana menghasilkan PdP yang berkesan melalui pemantapan pedagogi mengikut format KSSR di dalam kelas.  Syabas kepada guru-guru dan pentadbir atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam mensifarkan linus.  Tahniah !

 

 

 

Hits: 3
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

PROGRAM MENCARI SINAR DI HATI GURU

Posted by on in LINUS

TARIKH : SEPANJANG JANUARI - NOVEMBER 2015

FOKUS : SEKOLAH 'HOT SPOT' LINUS LBM, LBI DAN NUMERASI

Program ini adalah program berterusan yang dijalankan sepanjang tahun bagi memberi bimbingan dan membuat pencerapan terhadap guru-guru yang mengajar Tahap I,khususnya kelas yang mempunyai murid-murid yang masih belum menguasai konstruk LBM, LBI dan Numerasi.  Ia dijalankan sepanjang bulan Januari hingga November bagi membantu guru-guru melalui perkongsian idea dan  maklumat dalam menangani isu-isu seperti masalah kehadiran,  masalah pembelajaran murid dan sebagainya.

Dalam usaha mensifarkan linus, FasiLINUS juga telah membuat sesi dialog dan perjumpaan dengan Ketua Unit Pemulihan Khas iaitu Encik Kassim Buntak pada 16 Januari 2015.  Diharap usaha sama ini dapat memantapkan lagi kecemerlangan akademik Tahap 1 melalui kolaboratif daripada

Unit Pemulihan Khas. 

                                                                               

 

Hits: 12
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

TAKLIMAT BIASISWA

Posted by on in Unit Pembangunan Kemanusiaan

Taklimat Biasiswa Peringkat PPD KK akan diadakan pada ketetapan seperti berikut ;

 

Tarikh  : 29 Jan 2014 ( Khamis )

Masa   : 8.30 am - 12-30pm

Tempat  : Bilik Mesyuarat Sri Manukan PPD KK, Blok C dan D Tingkat 5 Bangunan KWSP

Penyampai Taklimat : En. Mohd Hanif Mohd. Harith ( JPN )

Hits: 7
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

SISC+ "COACHING & MENTORING" Tahun 2015

Posted by on in SISC+

Pada minggu ke dua bulan Januari 2015, kumpulan SISC+ telah mula bergerak untuk "Coaching and mentoring" ke sekolah-sekolah daerah Kota Kinabalu. Kumpulan terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu 2 kumpulan SISC+ Sekolah Rendah dan 1 kumpulan lagi SISC+ Sekolah Menengah.

Moto: CONSISTENT, EMPATHETIC, TRANSFORMATIVE

Hits: 55
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Mesyuarat JIPS peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Puan Hajah Maimunah Suhaibul telah menyarankan agar semua pengelola kursus untuk key in data peserta dalam SPL KPM. Puan Timbalan mengucapkan tahniah kepada semua ppd yang telah menjalankan tugas dalam SPL KPM.

Antara inipati Ucapan beliau ialah

* Pengelola isi peserta dalam SPL KPM

* Jangan tunggu lama untuk key in supaya tidak lupa

* Pekeliling berhubung dengan Dasar Latihan yang mewajibkan semua penjawat awam memenuhi 7 hari berkursus atau lebih

Hits: 33
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Taklimat Pendaftaran UPSR Tahun 2015 untuk Setiausaha Peperiksaan UPSR PPD Kota Kinabalu

Taklimat dipengerusikan oleh En Salihin Mohd Noor, Penyelia Unit Rendah dan Menengah Rendah ,SPP JPN Sabah.

Taklimat telah disampaikan oleh En Sugiharto Kasimin, Penyelia UPP PPDKK

Turut hadir 

1. Tn Hj Mustapha Ketua Sektor SPMPT LPM KPM 

2. En Nor Azman penolong pengarah SPMPT LPM KPM

3. En Awang Damit Suran Ketua Unit UPP PPDKK

4. En Lotfi Ibrahim...Pegawai Khas PBS PPDKK

Kehadiran SUP UPSR 56/58

Tarikh Taklimat : 26 Januari 2015

Tempat : Bilik Saga 1, Jabatan Pendidikan Sabah.

Hits: 45
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

1. Pada 29 Januari 2015  ini Unit Pengurusan Akademik akan mengadakan Dialog Prestasi di Mini Putra Jaya bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang

2. Mesyuarat Ketua Panitia Bahasa Malaysia di adakan pada 26 Januari 2015 jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Kedah, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah

3. Mesyuarat Ketua Panitia Bahasa Inggeris di adakan pada 27 Januari 2015 jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Kedah, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah

Hits: 30
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

TARIKH : 24 JANUARI 2015

TEMPAT : BILIK KEDAH, KOMPLEKS PENTADBIRAN PERSEKUTUAN

MASA : 8.00 a.m.-4.00 p.m.

 

Dialog Prestasi Akademik SK Pulau Gaya bil 1/2015 telah diadakan pada 24 Januari 2015 dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Tn.Hj. Bad Hamid Hj Musli.  Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga SK Pulau Gaya kerana telah berjaya mengadakan dialog pertama bagi 

membincangkan prestasi akademik dan hala tuju sekolah pada tahun ini.  Warga sekolah juga telah membuat aku janji dan penyerahan tugas bagi sesi persekolahan 

tahun 2015.  Tn. Hj Bad Hamid telah membuat penegasan tentang mengamalkan gaya kerja yang berkualiti dan sistematik.

"Mencabar kemustahilan, Mencipta Keunggulan"

 Legasi diwarisi, direalisasikan."

 

 

 

 

 

 

Hits: 53
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

Tarikh : 26 Januari 2015 

Masa : 9 Pagi - 2 Petang 

SPS adalah satu cara pengurusan maklumat yang tunggal dimana maklumat SPS dibahagikan kepada Sistem Pengurusan Sekolah diisi dalam EMIS, Sistem Pengurusan Murid diisi dalam APDM dan Sistem Pengurusan Guru diisi dalam EOPERASI 

 

Ucapan Ketua Unit Pengurusan Maklumat & ICT Encik James Gonius memberikan ucapan kepada semua Guru Data PPD Kota Kinabalu, sekaligus memberikan penerangan berkaitan memperkasakan Unit Pengurusan Maklumat & ICT.Kehadiran Encik Razmeh Rahman Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat & ICT JPN Sabah dan Encik Jenry Pegawai Maklumat SPMICT JPN Sabah memberikan taklimat berkaitan SPS untuk PPD Kota Kinabalu

Encik James turut mengucapkan tahniah kepada Unit Pengurusan Maklumat yang bakal membuat lawatan Penanda Arasan di PPD Johor Bahru pada 28 - 31 Januari 2015.Seramai 20 orang GDM PPD Kota Kinabalu.

 

 

 

 

Taklimat ini menerangkan kepada semua JPMS PPD Kota Kinabalu perlu diperkasakan untuk memantapkan Pengurusan Maklumat disetiap sekolah.Tumpuan SPS untuk GDM adalah menumpukan kepada Bangunan dan Peralatan yang ada disekolah masing masing.

 

Hits: 34
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments